Saya bersetuju dengan kata pepatah, “Jauh perjalanan,
luas pemandangan”. Semasa perjalanan ini, saya dapat mencuba perkara baharu dan
meningkatkan pengetahuan tentang budaya Melayu. Saya ada pengalaman baharu
seperti menaiki bot laju dan mendapat peluang pertama untuk melihat sungei yang
besar, air tejun dan pelbagai jenis serangga. Beberapa perkara ini ialah
pemandangan yang jarang di Singapura, terutamanya bidang padi yang besar dan
luas. Bidang padi ini hanya ada sedikit barang lain, saya kebanyakan boleh
melihat bidang padi bila saya melihat jarak jauh sehingga kaki langit.
Saya juga belajar tentang adat dan budaya Melayu seperti
makanan, permainan tradisional dan majlis perkahwinan. Selain itu, saya juga
melihat cara hidup dalam negara dengan kebanyakan orang sebagai Melayu. Saya
melihat amalan seperti berdoa. Sebab lain perjalanan ini sangat menarik ialah
saya juga melihat cara hidup dengan kepimpinan sultan. Penduduk Brunei
mencintai sultan, menurut pemandu pelancongan menceritakan pengalaman dia
dengan sultan, saya boleh berasa hormat dan cinta dia ada untuk sultan. Saya
berasa kagum kerana sultan Brunei bekerja sebagai menteri kementerian yang
banyak, meliputi kementerian kewangan, pendidik dan pertahanan. Penduduk Brunei
juga bertuah kerana kehidupan mereka baik, mereka ada kerisauan kewangan kerana
yuran kesihatan, pendidik, petrol dan juga nasi lebih murah.
Selepas saya tiba ke Brunei, saya mempunyai tanggapan
Brunei tidak sangat maju kerana saya tidak melihat bangunan yang tinggi dan
jarak dekat di antara bangunan-bangunan. Menurut pemandu pelancongan, kemudahan
di situ tidak banyak, contohnya, Ulu Temburong hanya ada satu sekolah menengah
walaupun negeri itu ialah negeri yang kedua terbesar. Saya juga mendengar
Bandar Sri Begawan hanya ada tiga pusat membeli-belah. Selain itu, negara ini
ada banyak tumbuhan seperti hutan hujan. Namun, sebab ini ialah Brunei cuma ada
450,000 rakyat, mereka tidak perlu banyak kemudahan. Penduduk Brunei ialah
moden kerana remaja di situ juga mengikuti selebriti dari Korea. Di pusat
membeli-belah, saya melihat kedai yang menjual barang-barang dengan muka
selebriti seperti baju-T. Kemudahan
sekolah juga maju contohnya di Sekolah Menengah Pengiran Anak Putri
Hajah Masna, saya melihat cikgu menggunakan komputer riba Apple.
Malam hari pertama di Ulu Temburong, kawan-kawan saya
mengetahui Freme Rainforest Lodge ada Wifi. Kami bertanya cikgu untuk memberi
kami kata laluan Wifi tetapi beliau tidak bersetuju. Oleh itu, kami tidak
menggunakan telefon bimbit untuk menggunakan Internet dan duduk dalam bulatan
untuk berbual-bual dan bermain permainan seperti bermain boling dan “Cup Song”.
Aktiviti-aktiviti ini sangat berseronok dan saya berasa lebih rapat dengan
kawan kelas saya dari MSP. Malam hari kedua, walaupun cikgu sudah memberi kata
laluan Wifi kepada kami, kami hanya menggunakan Wifi pada masa singkat dan
meneruskan bermain permainan dan berbual-bual. Saya berfikir ini sangat
bermakna kerana saya boleh berinteraksi dengan kawan-kawan saya tanpa gangguan.
Semasa perjalanan ini, saya belajar pengetahuan dan
mendapat pengalaman yang menarik dan berseronok, saya sangat dinikmati
perjalanan ini!